Akhir tahun 2011, aku sempat join kawan2 dkt Dataran Shah Alam untuk bagi support pada mereka sbb mereka bukak Booth berniaga baju / t-shirt yang mereka print dari syarikat mereka sendiri.aku dah beli daripada dorg pada malam semalam lagi. sbb aku jumpa dkt kilang print baju ni.so seawal pagi lagi aku dah sarungkan baju tu.hehehehe..
Pada hari tu aku dalam dilema untuk mengikuti event yang telah dilangsungkan pada hari yang sama.iaitu event yang 1 lagi dibuat di Melaka Autocity yang dianjurkan oleh RMR (Retro Malaysian Riders) iaitu satu organisasi permotoran kelab yang mengumpulkan segala jenis motor lama/retro sejak zaman Jepun lagi yang kini semakin pupus dapat dilihat pada pameran tu.Lagi 1 event berlangsung di Taman Bunga @ Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dimana disana berlangsungnya satu anjuran kerajaan Selangor dimana anjuran ini disambut secara kelainan kerana diselitkan sedikit Konsert/hiburan dan majlis ilmu secara santai yang dipilih untuk menjayakan program tu ialah Zizan Raja Lawak (Pengerusi majlis) dan Ustaz Ahmad Idrus, Ustaz lawak/youtube (Tetamu) dan beberapa artis tanah air, YB untuk bersama2 menyambut malam akhir tahun 2011.
Pilihan aku telah ditetapkan untuk mengikuti event yang di Shah Alam sebab event disana lebih menarik dan motor aku jugak dipertandingkan untuk Autoshow.Hehehehe.. tapi hari tu sungguh meriah dengan pelbagai aktiviti dan penjualan baju/t-shirt turut laris.terima-kasih pada yang menyokong dan meberi galakan pada hari tersebut.
Seperti biasa, ada sedikit gambar untuk dikongsikan bersama:
No comments:
Post a Comment