Sunday, February 13, 2011

C.N.Y RIDE TO CHERATING 2011 (4 Feb~6 Feb)

Sempena cuti perayaan tahun baru cina (CNY) tanggal pada 4 februari 2011 hingga 6 februari 2011 aku telah mengikuti satu ride konvoi ke Cherating, Balok dan Teluk Cempedak (TC) dan sekitar Terengganu dan Kuantan. Ride yang dianjurkan satu badan sebuah kelab iaitu JMC (Jerung Motor Club) telah menjalankan aktiviti yang sungguh padat pada hari tersebut. Kami yang datang bertolak ke KL~Gambang telah memakan masa lebih kurang 1/2 hari bukannya 1/2 jam ok. Dalam pada masa itu, aku dan rakan-rakan yang dapat pengalaman baru semasa konvoi dan dapat merasai perasaan semasa konvoi setelah menempuh beberapa dugaan satu demi satu.kami dari kuala lumpur dan berkumpul di tabung haji lama jalan ipoh pukul 12 malam.bergerak pada 2.30pg setelah mengisi perut org dan perut motor kami pun bertolak.konvoi kali ni kami dari kuala lumpur sebanyak 14 biji.