Monday, June 2, 2014

SKUDAI: Konvoi Ride Kenduri Kahwin (30/5/2014-01/6/2014)

Ride konvoi ke Skudai, Johor yang dianjur oleh Kelab Shark Version Club Rawang (SVC).
Ride ini melibatkan rakan-rakan dari Rawang, Selayang dan Cheras.
Ride ini bertolak dari Rawang dan Cheras pada pukul 11.00 malam dan berjumpa di RNR Seremban pada pukul 12.00 tengah malam.
Setelah semuanya berkumpul kami bertolak ke Skudai dan berhenti di setiap RNR untuk mengisi petrol dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Setelah menempuh segalan cobaan dan dugaan semasa dalam perjalanan ke Skudai. Kami telah sampai Homestay di Skudai di area Taman Melur, Skudai pada hari Sabtu pukul 12.00 Tengahari.
Masing-masing kepenatan dan merehatkan diri sehingga lewat petang. Pada sebelah malam ada yang berehat dan ada juga yang keluar berjalan-jalan dia dalam kawasan area Skudai.
Pada hari Ahad (01/06/2014) pada pukul antara 8.00-10.00 pagi antara kami ada yang sedang bersiap2 dan ada juga yang shopping buat kali terakhir di sparepart area2 Skudai.
Paling mengejutkan kami apabila tradisi telah pecah dan menjadi sejarah apabila ada seorang brother telah membeli dan membawa sebijik motor panther Limited Hyper Sport untuk dibawa balk ke Kuala Lumpur.
Selepas itu pada pukul 12.00 tengahari kami bersedia untuk bertolak ke Rumah Pengantin di Taman Molek, Skudai.
Setelah sesi bergambar dan mengisi perut masing2. Kami sedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang. Jlan agak sesak sepanjang jalan dari Ayer Keroh ke Seremban dan banyak kali kami berehat dan mengisi petrol.
Saya sebagai admin blog ni agak teruja dan seronok untuk ride kali ni. Sejarah tercipta dan dapat mengenali tempat baru dengan kawan2. So penat pun tak habis lagi ni. So nak sambung berehat.
Terima-kasih sebab sudi baca cerita panjang lebar yang x berapa lebar ni.
Ada sedikit gambar untuk dikongsi dan tontonan bersama.