Saturday, April 3, 2010

KAYABA Monoshock TXR150 Panther (01/04/2010)

Baru-baru ni (01/04/2010) pergi tukar monoshock/absorber utk motor dkt Wan Benet (Gombak).skang motor dah tinggi seperti biasa.kalau dulunya,duduk je atas motor.motor jd tenggelam dan terasa depan tercongek masa menunggang.skang ni rasa mcm smooth jer,rasa ringan je motor.maybe sbb dah tkr monoshock baru kan.

Sebelum beli tu ada jgk survey monoshock dkt pasaran.dkt MBC pun ada jgk baca org duk komen absorber apa ker kan.dalam MBC duk cita YSS dengan RB (Racing Boy) jer.tp the best is YSS la.tp yg duk komen dalam forum tu semua kebanyakan owner seperti motor Honda dgn Yamaha.so pikir balik apa kena dgn 'bini' aku ni.bini aku ni Suzuki TXR150 Panther.xda kena mengena.so aku tnya la member-member terdekat. lagi menyakinkan aku bila aku tny pomen-pomen aku yg terpilih.dorg kata "Ambik yang ori la!". aik ada yg ori?apa dia? selidik punya selidik ada monoshock yg ori dan standard utk motor aku?

Al-maklumlah org xda pengalaman pakai mtr,kena la byk menanya walaupun soalan yg patut ditanya kita tanya.hehehehe... saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.back to the story! rupa2nya ada sejenis org makin xtahu.monoshock jenis KAYABA (KYB).the best performence.dkt kotak tu tulis Premium jer,bkn spek racing.kira biasa2 je la.so skang ni aku pakai monoshock baru.utk jalan yg landai best!!! utk konering aku x cuba lagi... baru nak cuba2.. heehhee.. bukan hari ni aku cuba mgkn lusa atau tulat kot... tgk mood.. apa2 pun aku ada snap beberapa gambar utk tatapan umum.

ni monoshock lama xpernah tukar rasanya.mgkn seusianya motor aku kot dah 15tahun x pernah tukar. (1995-2010)

Mono baru dan Lama

Mono baru ada 9 line

KYB (Kayaba shock absorber PREMIUM)


Proses penukaran



1 comment:

  1. Hi, aku ni ada problem degan monoshock dan fork, dah tukar tapi rasa BUKAN macam dulu. Not smooth at all. Frast aku ni. Hantar kat kedai, mereka kata ok shaja. KYB dan boleh set, tapi tak pernah set, set sekarang pun tengah2.

    ReplyDelete