Monday, July 13, 2009

Model motor TXR 150 aku akhirnya siap jgk!!!







setelah aku korbankan masa dan jiwa raga aku akhirnya aku dapat juga menyiapkan sebuah model motor aku... model ni direka khas dr aku atas menghargai jasa motor aku ni yg telah membawa aku kema-mana sahaja yang aku inigin pergi.. so demi mengenang jasa motor aku ni,aku mengeluarkan sebiji model untuknya...

rekabentuk ini aku telah menggunakan software SOLID WORKS 2008 & 2009.. Aku terima-kasih juga kepada supervisor aku yang mengizinkan aku membuat model motor ni. setelah design yang aku buat dalam software telah siap,kemudian aku send file tu ke ZPRINT yg dikenali sebagai mesin pencetak utk mencetak @ mengeluarkan model motor ni..

sebenarnya kalau korg nak tahu, pencetak ni bukanlah pencetak biasa, pencetak ini dikeluarkan oleh satu syarikat Z-CORP. yang menggunakan bahan atau material seperti tepung dan ink-nya pula digunakan drpd gam dan di printkan mengikut setiap layer..

so ini adalah hasilnya...